Ramai lelaki
gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan
perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan
mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya
perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.
Mrs Teddy
juga suka bercerita dan meluahkan perasaannya kepada saya. Sebagai seorang
lelaki, saya akan mendengar dan memberikan sepenuh tumpuan kepada apa yang
ingin beliau sampaikan. Hanya dengan mendengar, anda akan membuatkan si dia
kembali ceria dan happy. Kerana dalam hatinya, si dia tahu yang anda ada untuk
mendengar luahan hati dan perasaannya.
Tetapi,
bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7
tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...
1. Berikan
perhatian sepenuhnya - Apabila si dia mula berkata-kata, tumpukan
sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan anda dan dengar dengan
teliti setiap apa yang si dia ingin katakan. Walaupun terdapat gadis yang
lalu-lalang di sebelahnya, jangan sesekali menjeling ke arah gadis tersebut.
Saya tahu perangai anda, kerana saya juga seorang lelaki.
2.
Pandang matanya - Ketika si dia sedang bercakap, pandang matanya.
Renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Itu akan
membuatkan si dia lebih gembira untuk meneruskan cerita atau luahan perasaan
kerana anda ada untuk mendengarnya.
3.
Jangan berikan pendapat - Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan
sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, "Tadi
ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu." Jangan pula
anda berikan pendapat, "Ala...biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek
ke. Bukan awak susah pun...". Ini adalah sangat-sangat mematikan mood
pasangan anda. Si dia hanya ingin meluahkan perasaan dan bukannya meminta
pendapat anda. Jadi, jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.
4.
Bertanyakan soalan - Untuk menaikkan lagi mood si dia bercerita,
tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan
yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh
yang sama seperti di atas, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je
tengok pakcik tu." Soalan yang boleh anda tanya, "La...macam
mana dia boleh jatuh?".
5.
Berikan sokongan kepadanya - Sekiranya pasangan anda sedang
marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia
marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan
sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Ini akan menunjukkan yang
anda tidak menyokong dirinya dan menyebabkan si dia bertambah marah.
6.
Ulang semula apa yang dikatakan - Anda juga boleh mengulang semula apa
yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang
sama, "Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik
tu." Apa yang anda boleh buat adalah, "La...kesian pakcik tu
jatuh tangga...". Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita
selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.
7.
Diam dan jangan berkata apa-apa - Tetapi, jika topik luahan perasaan
atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah lebih baik anda berdiam diri
dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan telinga dan mendengar apa saja
yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara
sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu
berjaya dikeluarkan.
Mudah bukan
untuk menjadi seorang pendengar yang baik? Apa yang perlu anda buat hanyalah,
mendengar. Itu sahaja.
Perempuan
akan rasa diri mereka disayangi apabila luahan perasaannya didengari oleh
pasangan. Sekiranya pasangan anda sedang bercerita atau meluahkan perasaan,
anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Jadilah pendengar yang baik, kerana
itulah salah satu resepi untuk membina percintaan yang bahagia selamanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar