Ini bukan sebuah perbicaraan fiqih.
Bukan jua perbicaraan mengenai agama. Ia adalah mengenai hati dan pilihan kita.
Sebagai seorang manusia.
Cinta adalah benda yang tak boleh
dijual beli. Kadang kala ada benarnya kadang kala tidak. Sebab masing masing
mempunyai cerita tersendiri yang akhirnya cerita cintanya lain dari pengalaman
orang lain. Setiap orang begitu. Itulah warna-warna kehidupan yang dijadikan
Allah.
Cerita tentang cinta
Ada banyak cerita tentang cinta.
Ada yang hanya membataskan cinta
pada suka dan asmara laki-laki dan wanita. Ad yang memautkan pada cinta sesama
kaum keluarga dan famili. Ada yang berkisar tentang cinta sesama bangsa dan
iktan persaudraan. Ada yang justru sangat melengkapi akan cintanya pada diri
sendiri, kaum kerbat, saudara mara, sahabat handai, pada alam, pada bangsa dan
negara, pada nusa, pada tuhan yang semesti lebih dri segalanya, pada semuanya.
Ada yang hatiny telah fana dan lebur bersama hrta kekayaan dan pangkat kerjaya,
pada populariti dan kemasyhuran. Ada macam-macam cinta yang tidak pernah
dibataskan oleh barang sesuatu pun halangan akan ia....
Tetapi seputar perbincangan yang
tentunya segar bugar orang muda bila diungkapkan kalimah cinta, tentunya cinta
dan kasih insani berlainan jantina antara mereka.
Ini sekadar coretan dan rakaman
pengalaman manusia. Pengalaman dari pertama kalinya Adam terpandang wajah Hawa,
yang terpikat dan terpaut kukuh di sanubari hatinya. Inilah cinta yang
idperkatakan.
Ada orang yang mudah dan sempurna,
seperti cerita sang putera dan cintanya dengan sang puteri. Ada yang sederhana
sahaja ceritanya. Ada yang sangat susah, bergelut, bergadi nyawa untuk
mendapatkan cintanya. Ada yang hanya memendam cinta dan kata hati, membawa ke
mati, cinta yang tak kesampaian. Ada yang hanya sempat berkhayal tentang
perkahwinan, namun taqdir manetapkan tiada rezekinya untuk merasai cinta di
dunia. Ada yang sempat, tapi hanya sebentar dan seketika. Ada yang meletakkan
dan menyampak jauh kita hatinya, justru thiqah dan meletak kepercayaan kepada
orang yang di yakini memilihkan cinta untuknya. Ad yang kata hatinya lain,
tetapi tunduk pada kemahuan orng tua. Ada yang adat dan budya setempat
menghalang cintanya yang suci. Ada yang hanya untuk suka-suka, bukan untuk
mengikat tali pernikahan, justru hanya untuk melampiaskan nafsu haiwani. Ada
yang tak kisah soal hati, asal dapat berumahtangga cukup dan bermakna. Ad yang
dek kerana nak kahwin cepat, tersalah memilih dan merna di kemudian hari. Ad
yang cerita cintanya yang diwar-warkan dihebah mklumkan di serata ceruk rantau
putus di tengah jalan. Kecewa...frust menonggeng. Ini semua kepelbagaian dan
keunikan yang Allah jadikan menunjukkan kekuasaannya ke atas setiap insan.
Banyak cerita yang boleh dikongsi
dan tentu panjang lebar jua perbincangannya. Ini semua kisah dan pengalaman
yang tak lari dari kehidupan kita sehari-harian. Kisah yang berlaku di
sekeliling kita.
Soalnya apa?
Ini bukan soal kata-kata dan bicara.
Ini soal hati. Tawajjuh seseorang dalam hidup, pasti dan pastinya bertitik
tolak dari letak duduknya hati. Sekiranya itu yang menjadi impi-impian
seseorang, maka itulah yang dikejarnya.
Ada orang yang cukup sempurna dan
mudah, semudah ABC, mendapat pasangan yang serba serbi tip top, kedua-duanya sama
cocok sama padan, pengalaman bercinta juga mudah sehingga membawa ke alam
perkahwinan dan kedua-duanya bahagia. Ada yang mendapat yang sederhana sahaja
pada pandangan masyarakat umum, namun tetap dengan nada kesyukuran, membawa
bahagia ke jenjang pelamin. Ada yang hanya sempat untuk seketika. Ada yang
hanya dapat memendam cinta yang tak terluahkan. Sepi sendiri menelan kepahitan
cinta yang tertolak, cinta yang bertepuk sebelah tangan.
Cerita cinta Ali dan Fatimah
merupakan suatu kish klasik yang sangat unik. Di suatu malam, ketika Fatimah
bersama Ali, beliau mengungkapkan kepada Ali suatu berita. Bahawa pad zaman
mudanya dulu dia pernah menyukai dan menyintai seorang pemuda yang menjadi
taruhan hatinya. Mendengarkan hal itu, Ali sang suami dengan perasaan cemburu
bertanya kepada Fatimah, isterinya siapakah lelaki pemuda yang pernah
dicintainya itu. Lalu jawab Fatimah, lelaki itu adalah engkau, Ali, suamiku.
Cerita sekeliling kita. Macam-macam
kerenah manusia. Ada yang memberi makna cinta sekadar bersuka-sukaan. Ada yang
sekadar cinta SMS dan friendster. Ada cinta shopping dan melampiaskan kata-kata
dan lafaz cinta tak ketahuan. Ada cinta seks dan ada cinta wang dan harta
benda. Asal kau boleh beri aku harta kekayaan, itu sudah menjadi kunci
kebahagiaan. Ada yang justru hidupnya sederhana sekali, tetapi dalam kesyukuran
dan ketabahan istana cintanya kukuh dan tabah mengharungi samudera kehidupan.
Kita di golongan mana?
Pastinya setiap dari kita akan
bertanya kepada diri sendiri, di manakah letak duduk saya sekarang. Di manakah
kelompok dan golongan cinta yang saya boleh diklasifikasikan.
Lanjutan daripada itu, saya langsung
bertanya dan mencari-cari, tentu di sana, di antara keunikan dan kepelbagaian
definisi dan pengalaman cinta, satu set of standard rules, yang guide dan
memberi panduan kepada manusia.kepada orang yang menadah yang menagih cinta
rabbi. Kepada yang hanya nak main-main sahaja. Kepda yang berusaha bersungguh2
untuk bertemu dengan cinta sejati, namun belum ketemuan.
Lalu saya bertemu dengan suatu ayat
Al-Quran yang cukup menyentuh jiwa sanubari saya, sebagai seorang insan, suatu
bimbingan rabbani kepada setiap orang...sebab ia soal cinta...justru manusialah
ia kalau ia mempunyai perasaan cinta, dan bukanlah pula ia manusia justru
tiadalah ia akan cinta...yang seolah menjadi suatu set of rules..yang sangat
umum....
Dan ini berkait pula dengan pilihan
kita....yang Allah kurniakan sebagai seorang manusia, kebolehan untuk memilih.
Firman Allah.
”Lalu kami ilhamkan kepada jiwa itu
(manusia) kekejian dan ketaqwaan. Maka beruntunglah bagi sesiapa yang
menyucikan jiwanya, dan maka celakalah bagi siapa yang mengotorkan jiwanya.”
Surah As-Syams.
Di sana, di atas kuasa memilih yang
Allah kurniakan dengan jiwa yang tau membezakan yang baik dan buruk dan yang
jelek dengan yang suci. Maka Allah memberikan suatu panduan mengenai kejayaan
sesebuah cinta.
Sempat saya menyelak-nyelak sebuah
karya Habiburrahman As-Syirazi, Ayat-Ayat Cinta, sebuah karya cinta Islami,
lalu saya temui suatu ungkapan yang sangat menarik, yang dipetiknya dari kitab
suci Al-quran:
”Orang-orang yang akrab saling kasih
mengasihi, pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang
lain, kecuali orang-orang yang betaqwa..” Az-Zukhruf:67.
Ini sebuah refleksi sebenarnya. Ada
banyak cerita cinta dalam kehidupan manusia. Tapi di atas segala pengalaman
tadi, inilah panduannya. Soalnya hati kita diput pada siapa. Pada tuhankah atau
pada ciptaan-ciptaan tuhan....
Maka kekallah cinta sesama insani
sekiranya asas dan titik mula cinta itu ialah untuk setia dan sukarela bersama
tuhan. Memang betullah firman Allah:
”maa ja’alalah lirajulun fi qalbain
min jaufih...”..tiada Allah jadikan di dalam hati seseorang manusia itu dengan
dua perkara.
Manusia tak pernah merasa puas. Akan
cinta. Dan akan segala benda-benda lainnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar